Eratkan silaturahim melalui sambutan Hari Raya



Siaran Akhbar : Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam






BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 April. - Bagi sama-sama meraikan bulan Syawal yang mulia ini, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Indah Biru, Taman Perindustrian Ringan Lugu.


Hadir pada majlis berkenaan, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Pengerusi AITI.


Turut hadir ialah Ahli-ahli Kuasa AITI; pegawai kanan kerajaan; wakil industri dan tetamu jemputan.


Sambutan berkenaan memberi peluang kepada AITI untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkepentingan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan selaras dengan nilai membina komuniti yang lebih erat dan berhubung.


Close